KELANTAN RED WARRIOR FC JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA EASTEL DAN BELIBELI.ONLINE
Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kelantan Red Warrior FC dan Eastel sekali gus membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk menjalin kerjasama strategik.
Dalam pada itu, Belibeli.online akan menjadi platform utama bagi pelaksanaan program-program yang dirancang menerusi kerjasama antara Kelantan Red Warrior FC dan Eastel.
Pada majlis menandatangani MoU tersebut, Kelantan Red Warrior FC diwakili oleh Tuan Haji Nazif Ab Aziz manakala pihak Eastel diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mr. Chia. Belibeli.online pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Herman Ghazali.
Kerjasama ini dijangka memberikan pelbagai manfaat dan peluang kepada semua pihak termasuk para penyokong setia Kelantan Red Warrior FC, untuk menikmati akses kepada perkhidmatan telekomunikasi yang lebih meluas. Pada masa yang sama, kerjasama ini turut membuka peluang untuk menyumbang kepada kelab menerusi mekanisme yang telah dipersetujui dan ditetapkan dalam Memorandum Persefahaman tersebut.
Kelantan Red Warrior FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Eastel serta Belibeli.online atas kepercayaan yang diberikan kepada kelab dalam usaha memperluas jangkauan jenama dan mewujudkan kerjasama yang saling menguntungkan.
MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,
MEWARISKAN LEGASI.
#NaskenCoffee
#KRWFC #KelantanRedWarriorFC
#LigaMalaysia #BolaKelantan